1. Sejak pulang ke Malaysia beberapa minggu lalu untuk cuti musim panas, saya telah meneliti tentang retorik implementasi 'Goods and Service Tax' (GST) yang telah diimplementasikan beberapa bulan lepas.
2. Saya mendapati bahawa memang benar banyak harga barang dan makanan naik mendadak. Tetapi adakah ia salah kerajaan semata-mata? Atau adakah ia salah peniaga juga? Mungkin pembekal barangan asas atau 'supplier' bersalah juga? Semuanya tidak mustahil.
3. Pada fahaman saya, sistem percukaian barangan sebelum ini, 'Sales and Service Tax' (SST) mengenakan 10 peratus keatas barangan digantikan dengan 'Goods and Service Tax' (GST) yang mengenakan 6 peratus keatas barangan. Secara teori, sepatutnya kebanyakan harga barangan turun. Namun, ia telah manjadi satu kebiasaan bagi harga barang keperluan harian dan makanan yang kian naik mendadak.
4. Kita perlu sedar bahawa kita hidup di dunia kapitalis yang pentingkan harta dan kekayaan dunia sahaja. Saya pasti ada sahaja pejual, pengedar, pemilik kedai runcit, malah pemilik kedai makan yang tidak telus dan mengaut untung lebih membebankan rakyat. Tidak semua yang sebegitu, tetapi mungkin sebilangan besar daripada mereka yang berbuat sedemikian.
5. Sebagai seorang pelajar juga, saya khuatir akan beban yang dihadapi pelajar tempatan dalam menyara hidup untuk makan, berbelanja, dan lain-lain lagi. Kita jangan mudah label kerajaan sebagai pihak yang zalim dan tidak adil. Kita perlu melihat situasi ini dari pelbagai aspek.
6. Pada pendapat saya, kerajaan perlu ada satu system yang lebih adil dan mengurangkan beban rakyat yang kebanyakannya berpendapatan rendah. Jurang pendapatan kini sudah terlalu besar. Memang benar ada kebaikan dan keburukan pada GST, tetapi rakyat jelata kini nampak ia sebagai satu beban dan bukan sebagai satu kebaikan. Kerajaan perlu menangani masalah persepsi GST ini bagi memulihkan pandangan rakyat terhadap kerajaan dan negara tercinta bagi menjamin masa depan negara yang lebih baik menuju wawasan 2020 yang hanya beberapa tahun sahaja lagi.
*Ini ialah pendapat peribadi saya.
Sekian, Assalamualaikum
Yang Benar,
Syed Mohamed Arif Bin Syed Abdul Rahim
No comments:
Post a Comment