Share This!

Share this to your friends!

Monday, 28 December 2015

Antara realiti dan persepsi #2kerja Datuk Ahmad Maslan


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua,

Nama saya Syed dan saya merupakan bekas 'Intern' kepada Datuk Ahmad Maslan. Disini saya ingin menyatakan pendapat saya tentang komen Datuk Ahmad Maslan​ tentang isu #2kerja yang kian menjadi sensasi media pada minggu ini.

Saya dikejutkan dengan berita bahawa Datuk Ahmad Maslan dikecam habis atas komen ataupun kenyataan yang diberikan beliau selepas satu 'Sesi ramah mesra bersama Usahawan-Usahawan Negeri Johor' di Pejabat MITI pada 26 Disember 2015.

Mereka pada hari tersebut membincangkan tentang bagaimana MITI boleh memberikan pertolongan sebagai penggerak ataupun pembantu kepada usahawan-usahawan di Malaysia dalam peluang yang ada pada perniagaan online, e-marketing, dan e-commerce. Beliau manyebut bahawa peluang-peluang seperti ini sewajarnya diambil.

Janganlah kita membuta-tuli tanpa fakta salah faham tentang perkara yang berlaku ini. Janganlah kita memperbesar-besarkan dan mengheret perkara ini sehingga esok, lusa, minggu depan dan ke bulan depan. Janganlah kita sebarkan apa yang salah dan janganlah kita tanamkan satu sifat kebencian atas dasar politik sahaja. Apakah rasional disebalik tindakan kita.

Sedar tidak sedar, adakah kita perasan bahawa media mempengaruhi kita dalam pelbagai aspek. Ia mampu mengubah pendirian kita dan juga menyebarkan berita yang salah juga. Ia memberi tanggapan yang positif dan juga negatif pada kita.

Saya rasa kita perlu menjadi pemerhati ataupun 'observer' yang lebih progresif dengan apa yang kita hadapi dan baca dalam media sosial. Kita perlulah menjadi the 'world class' Malaysian yang berfikir secara rasional dan tidak terburu-buru akan sesuatu isu.

Selepas pertemuan tersebut, Beliau juga menyatakan bahawa dengan peningkatan kos sara hidup pada hari ini, kita seharusnya bersama-sama dalam mencari peluang-peluang yang lain bagi menambah rezeki dan pendapatan kita. Beliau menyebut bahawa tidak salah bagi kita untuk mempunyai kerja tetap dan kerja sampingan untuk menjana pendapatan yang lebih dimasa yang sukar ini.

Beliau menyebut kerajaan menyokong penuh usaha mencari 'side income' ini dengan program-program yang sedia ada seperti 'eUsahawan' dan 'eRezeki'. Go check it out! Akan tetapi Beliau menyarankan bahawa keutamaan perlu diberikan pada kerja full-time kita. Tetapi tidak salah untuk kita mencari peluang lain untuk menjana pendapatan. Mungkin side income kita boleh berlandaskan hobi kita, apa yang kita suka buat.

Moral of the story is, sifat benci-membenci ini bukan satu solusi yang progresif pada saya. Kita perlulah cakna dan meneliti sesuatu itu dengan lebih baik agar kita tidak memberi tanggapan yang salah. Fahamilah situasi dan tanggapan yang ingin disampaikan. Berani kerana benar.

Janganlah kita baca HEADLINE sahaja semata-mata kerana ada baik dan ada buruknya.

Sekian,

Yang Benar

Syed Mohamed Arif​ Bin Syed Abdul Rahim
Rakyat Malaysia





No comments:

Post a Comment